Thursday, December 18, 2008

TIADA SPHERICAL, SPHEROID PUN BERGUNA-part 2


Ok.. dah rasa senang nak sambung cerita...
5. Dari compound masjid yang penuh dengan pokok kelapa berbuah lebat tu, saya snap gambar Bangunan Sultan Abdul Samad kat seberang sungai gombak, tempat 'usung tilam' yang saya ceritakan sebelum ni. Sambil tu jeling-jeling kat atas pokok, risau kut-kut bedebuk jatuh buah nyior sebiji dua.


Depan bangunan Sultan A.Samad ni ramai yang dah tau bentuknya...the famous jam besar bertentangan dengan Dataran Merdeka. Jadi, tak payahlah saya tempel gambar fasad depannya kat sini.
6. Dari Masjid jamek, kami lintas jalan Tun Perak, susuri Jalan Melayu sampai ke Wisma Yakin. Sekarang ni depan Wisma Confident tu, (we used to call by this name) dah jadi covered bazaar. Dia punya kelamkabut tu seperti dulu jugak, tapi senang sikit sebab dah tak ada kereta lalu lalang. Kalau nak eksiden pun cuma terlanggar orang saja, atau pun terpijak barang-barang jualan, especially remote control cars or puppets yang sedang beroperasi.... tiada la kecederaan parah, kecuali kalau mula bertekak dengan penjual barang-barang tu...


Semasa is3 pergi mencari polystyrene kat kedai-kedai bunga berhampiran, saya ambil gambar Masjid India dari beberapa sudut. Tak banyak sudut sangat pun sebab kat situ agak cramp sikit.


[ Cerita sejarah : Tahun 1863, masa nenek moyang saya datang KL dulu, hehe..., cuma ada pondok kayu saja di tapak masjid ni. Ramai kaum India muslim yang lepak-lepak kat situ. Pastu diorang terus jadikan tempat beribadat. Sekarang ni dah tersergam sebuah masjid 3-tingkat bercirikan design India Selatan yg boleh muat 3500 jemaah dalam satu masa. Tingkat 1 untuk muslimin & tingkat 2 untuk muslimah. Ground floor pula di jadikan tempat jemaah tabligh berkumpul. Baru-baru ni masjid ni di upgrade kan lagi fasadnya.]


7. Kami ikut lorong tepi masjid India, terus ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pergi cari kat SSF Home Deco... tapi tak ada jugak. Bosan sudah mari... perut pula dah mula keroncong. Singgah makan nasi kandar kat restoran Ibramsha. Orang sesak macam semut tengah keliling gula...


Kedai ni memang dah lama kat situ... peminat setia nasi kandar ori sanggup datang dari jauh untuk memenuhi hajat diorang. Memang pure punya kandar kat sini.. Walaupun dua buah kedai kat sebelah tu dijilat api baru-baru ni, Ibramsha tetap tak mengalah... bisnes diteruskan seperti biasa.


8. Perut dah padat. Kami longgarkan semula dengan mengorak langkah ke Semua House di Jalan Bunus. On the way, sempat snap gambar panggung wayang lama kat Jalan TAR juga, Coliseum Theatre, salah satu movie theatre tertua kat Malaysia. Menurut sejarah, ianya dibina pada 1921 oleh orang kaya Chua Cheng Bok. Rekabentuknya adalah Art Deco. Kapasitinya 900 orang. Pernah ada cadangan untuk dijadikan cultural centre, tapi ada penentangan. At last it was maintained as movie theatre untill now. Movie kat sini mostly filem tamil.


Senang-senang nanti saya rasa nak masuk tengok interior design Coliseum lama nih... kena join tengok filem tamil la nampaknya...


9. Dari Jalan TAR, kami terus lalu lorong-lorong kat situ sampai ke Semua House. Naik tingkat U5, syurga barang-barang perkahwinan. Macam-macam bentuk polystyrene ada dijual. Sampaikan bentuk menara petronas pun ada. Tapi, still tak ada bentuk sphere. So, kami beli saja yang cylindrical. Balik rumah nanti saya sendiri yang bulatkan.


Dari Semua House, kami jalan terus sampai ke Central Market. Bayar parking Rm8, terus balik. Anak-anak kat rumah dah mula mengadu kelaparan. Pukul 3.30 belum lunch lagi....


Sakit lutut tau... jalan jauh....

Wednesday, December 17, 2008

TIADA SPHERICAL, SPHEROID PUN BERGUNA


Hari ke2 raya korban baru-baru ni saya & is3 terberjalan-jalan kat central KL, dari Central Market ke Semua House. Lama juga, dari jam 11pg sampai 3ptg semata-mata nak cari spherical shape polystyrene. Kalau tiada yg spherical, yg spheroid pun boleh juga..... Semua jenis kedai masuk.... stationary, home deco, kedai bunga, wedding store kat U5 Semua House , kedai makan... haha.. tapi tak jumpa.

Bila dah fed-up kami beli saja yang cylindrical shape, then saya sendiri yang trim jadi macam bola, sampai 3 biji. Malam tu juga hantar kat anak kat Cyberjaya, nak guna untuk projek dia.

Selamat... begheh satu kerja...

Dalam perjalanan tu sempat juga saya rakamkan few historical buildings untuk galeri foto architecture saya. Cuaca hari tu memang splendid-mendid!! Tapi, saspensyen juga membawa Nikon D40 tu kat KL ni. Kadang-kadang terasa macam ada mata-mata yang memandang serong... tengah asyik membedek picu, ada saja bayang-bayang yang mencurigakan berdiri di belakang. Nasib baik ada is3 untuk jadi spy...


Jom jalan2 kat KL meredah masa ketika era Yap Ah Loy dulu...

1. Mula-mula sekali parking kereta kat Central market, confident habis polystyrene tu ada jual kat sini, tapi xder....

[ Cerita sejarah : Pasar Seni @ Pasar Budaya ni asal-asalnya adalah pasar basah zaman British dulu. Mula dibina pada 1888 dgn belanja sebanyak $48,000 ringgit sahaja. Pastu diorang asyik renovate jer beberapa kali. Last sekali tukar terus jadi Cultural & Craft centre dlm tahun 1985-1986 gitu. Saya sempat juga jalan kat sini masa pasar basah dulu. Memang basah habis... padat, kelamkabut, bising, bla bla bla..... Bangunan jenis Art Deco ni di design oleh bro TY Lee pada 1928 & 25 tahun pastu dia menang Coronation Architecure Design Award.]

2. Then, masuk stationary kat Jalan Hang Kasturi. Tak ada juga....
[ Cerita sejarah : Bangunan shophouse 2-tingkat bentuk Neo-Classical kat Jalan Hang Kasturi ni dibina pada 1909. Bila ada pasar basah, mesti la nak ada juga jual2 yang kering. So, kat sini la diorang jual barang2 kering macam ikan bilis, ikan masin, jeruk... bla bla bla... Sekarang ni, jalan ni dah digazetkan sebagai pedestrian walk, dah lama pun. Meriah juga kat sini, ramai buskers buat concert & lepakkers yang kebanyakkannya dari luar negara. Kerja diorang, liarkan anak mata, cuci mata... pandang orang lalu lalang... dari depan, sisi & belakang...]

3. Mesyuarat ngan is3 kejap... OK, kita jalan ke Masjid India. Sana banyak kedai bunga, mungkin ada jual polystyrene bulat. On the way singgah ambil gambar kat Medan Pasar @ Lebuh Pasar. Sekarang ni orang panggil Bangkok Bank, bus hub yang sibuk teramat sangat.

[ Cerita sejarah : Sejak zaman British, kat sini dipanggil Market Square. Memang kat England terdapat banyak Market Square, jadi mat2 salleh masa tu buat macam kat negara dia lah.. tupasal la ada clock tower kat situ, built to commemerate the coronation of King George IV. Kira serupa macam Pasar tani kita la. Kalau kat Perlis depa panggil Nat.

[Kat sini la Yap Ah Loy dengan geng2 dia sediakan gambling sheds, masa dia jadi Kapitan. Rumah dia pun kat sini juga. Tapi bila bro Frank Swettenham datang, dia suruh Yap Ah Loy pindahkan tempat judi tu ke tempat lain (1882). Tahun 1907 baru lah didirikan bangunan shophouse 3-tingkat berbentuk Neo-Classical yang ada sampai sekarang ni. Pastu baru diorang bina kat Jalan Hang Kasturi.Arkitek dia AB Hubback. Masa tu dia ni famous la. Masjid jamek, Masjid Ubuddiah kat Kuala Kangsar, Setesen k'api KL, Stesen k'api Ipoh... semua tu dia la yg bikin... ]


4. Kami teruskan perjalan. Singgah ambil gambir Masjid Jamek, lama juga. Kesian kat is3 saya, asyik kena tunggu saja...
[Cerita sejarah : Tapak masjid ni yang betul-betul kat pertemuan Sungai Gombak & Sungai Kelang, mula-mulanya adalah kubur orang-orang Islam. Kubur tu semua dipindahkan ke Gombak. Dulu diorang angkat wuduk kat sungai tu jer, sebab tu la ada tangga turun ke sungai. Sekarang ni kalau angkat wuduk kat situ, alamat muka jadi tempe goreng...

Siap dibina pada 1907, dirasmikan oleh Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pada 23 Dis. 1909. Arkitek masjid tu, si mamat yang saya sebut tadi, AB. Hubback. Rekabentuknya dari India Selatan, ada yang kata Moghul, ada yang cakap Moorish.

Masjid ni jadi masjid utama KL sehinggalah siapnya Masjid Negara.]

[ Tahun 1998 dulu dalam kes DSAI, kat sini la kami selalu tengok diorang usung tilam keluar masuk mahkamah tinggi (kat seberang sungai). Bila DSAI keluar masuk ke dalam mahkamah & black maria , kami pun tumbuk angin sambil jerit2 "REF***ASI". Masa tu saya sedih betul melihat keluarga DSAI kat belakang mahkamah.... cerita lama, tapi masih segar..... Ramai juga yang join cuma nak tenung keayuan Nurul Izzah... hehehe...]

[Saya memang nak buat special n3 tentang masjid ni nanti... ]

Stop kat sini dulu... nanti sambung balik bila senang...
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez