
Hari ke2 raya korban baru-baru ni saya & is3 terberjalan-jalan kat central KL, dari Central Market ke Semua House. Lama juga, dari jam 11pg sampai 3ptg semata-mata nak cari spherical shape polystyrene. Kalau tiada yg spherical, yg spheroid pun boleh juga..... Semua jenis kedai masuk.... stationary, home deco, kedai bunga, wedding store kat U5 Semua House , kedai makan... haha.. tapi tak jumpa.
Bila dah fed-up kami beli saja yang cylindrical shape, then saya sendiri yang trim jadi macam bola, sampai 3 biji. Malam tu juga hantar kat anak kat Cyberjaya, nak guna untuk projek dia.
Selamat... begheh satu kerja...
Dalam perjalanan tu sempat juga saya rakamkan few historical buildings untuk galeri foto architecture saya. Cuaca hari tu memang splendid-mendid!! Tapi, saspensyen juga membawa Nikon D40 tu kat KL ni. Kadang-kadang terasa macam ada mata-mata yang memandang serong... tengah asyik membedek picu, ada saja bayang-bayang yang mencurigakan berdiri di belakang. Nasib baik ada is3 untuk jadi spy...
Jom jalan2 kat KL meredah masa ketika era Yap Ah Loy dulu...
1. Mula-mula sekali parking kereta kat Central market, confident habis polystyrene tu ada jual kat sini, tapi xder....
.jpg)
[ Cerita sejarah : Pasar Seni @ Pasar Budaya ni asal-asalnya adalah pasar basah zaman British dulu. Mula dibina pada 1888 dgn belanja sebanyak $48,000 ringgit sahaja. Pastu diorang asyik renovate jer beberapa kali. Last sekali tukar terus jadi Cultural & Craft centre dlm tahun 1985-1986 gitu. Saya sempat juga jalan kat sini masa pasar basah dulu. Memang basah habis... padat, kelamkabut, bising, bla bla bla..... Bangunan jenis Art Deco ni di design oleh bro TY Lee pada 1928 & 25 tahun pastu dia menang Coronation Architecure Design Award.]
2. Then, masuk stationary kat Jalan Hang Kasturi. Tak ada juga....
.jpg)
.jpg)
3. Mesyuarat ngan is3 kejap... OK, kita jalan ke Masjid India. Sana banyak kedai bunga, mungkin ada jual polystyrene bulat. On the way singgah ambil gambar kat Medan Pasar @ Lebuh Pasar. Sekarang ni orang panggil Bangkok Bank, bus hub yang sibuk teramat sangat.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
[Kat sini la Yap Ah Loy dengan geng2 dia sediakan gambling sheds, masa dia jadi Kapitan. Rumah dia pun kat sini juga. Tapi bila bro Frank Swettenham datang, dia suruh Yap Ah Loy pindahkan tempat judi tu ke tempat lain (1882). Tahun 1907 baru lah didirikan bangunan shophouse 3-tingkat berbentuk Neo-Classical yang ada sampai sekarang ni. Pastu baru diorang bina kat Jalan Hang Kasturi.Arkitek dia AB Hubback. Masa tu dia ni famous la. Masjid jamek, Masjid Ubuddiah kat Kuala Kangsar, Setesen k'api KL, Stesen k'api Ipoh... semua tu dia la yg bikin... ]
4. Kami teruskan perjalan. Singgah ambil gambir Masjid Jamek, lama juga. Kesian kat is3 saya, asyik kena tunggu saja...
.jpg)
.jpg)

Siap dibina pada 1907, dirasmikan oleh Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pada 23 Dis. 1909. Arkitek masjid tu, si mamat yang saya sebut tadi, AB. Hubback. Rekabentuknya dari India Selatan, ada yang kata Moghul, ada yang cakap Moorish.
Masjid ni jadi masjid utama KL sehinggalah siapnya Masjid Negara.]
[ Tahun 1998 dulu dalam kes DSAI, kat sini la kami selalu tengok diorang usung tilam keluar masuk mahkamah tinggi (kat seberang sungai). Bila DSAI keluar masuk ke dalam mahkamah & black maria , kami pun tumbuk angin sambil jerit2 "REF***ASI". Masa tu saya sedih betul melihat keluarga DSAI kat belakang mahkamah.... cerita lama, tapi masih segar..... Ramai juga yang join cuma nak tenung keayuan Nurul Izzah... hehehe...]
[Saya memang nak buat special n3 tentang masjid ni nanti... ]
Stop kat sini dulu... nanti sambung balik bila senang...
No comments:
Post a Comment